Sunday, October 10, 2010

Permulaan Baru.

Salam perkenalan semua.

Saya, Norhayati Ahmad bukanlah seorang yang sudah punyai nama yang sangat gah sampai anda kenal siapa saya. Saya baru sahaja mahu menjinakkan diri dalam dunia yang serba canggih ini kerana saya lihat sudah ramai usahawan yang menjalankan perniagaan mereka menerusi "Online Blogging". Jadi, apa salahnya jika saya juga ingin mengambil peluang untuk mencari satu tapak lagi kepada perniagaan saya. Saya bukanlah menjalankan perniagaan yang besar seperti anda bayangkan, cuma sekadar kecil-kecilan yang bertepatan dengan modal yang saya laburkan. Tapi mengapa tidak pada suatu hari nanti, mudah-mudahan.

Saya menawarkan perkhidmatan menjahit langsir, kusyen, baju kurung, gaun kanak-kanak dan pelbagai lagi. Saya sudah lama menceburi bidang ini bermula dari rumah sehingga saya mampu menyewa rumah sebelah untuk dijadikan kedai menjahit saya. Ini kerana saya juga merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Alhamdulilah, segala rezeki yang diberikan amat mencukupi untuk saya sampai ke tahap ini. Saya memerlukan sokongan anda semua kerana saya percaya pada penilaian orang lain terhadap perniagaan saya.

Terima kasih.